This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 6 October 2015

Rumpai Miang Mexico






RUMPAI MIANG MEXICO(Parthenium hysterophorus) merupakan sejenis rumpai yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumpai ini dapat dikesan awal pada November di Kawasan Daerah Segamat iaitu Jalan Pemuda.
Rumpai ini boleh menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman. Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976 sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan mesti dihapuskan.
Dari segi marfologi, Rumput Miang Mexico ini adalah kelihatan sepeti pokok ULAM RAJA. Pada peringkat muda sebelum ia berbunga, lazimnya pokok akan berbentuk rozet dengan panjang daun boleh mencecah sehingga 30 cm. Bilangan daun bagi setiap pokok boleh mencapai sehingga 55 helai. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 - 2.0 meter dalam keadaan tumbuh menegak. Batangnya selalu bercabang dengan diselaputi oleh bulu-bulu halus (trikomes) yang menyebabkan miang atau gatal-gatal. Bunganya adalah berwarna putih dengan seakan berkrim dan mempunyai diameter sekitar 4-6 mm. Ramai dikalangan surirumah yang kali pertama melihatnya akan berkenan untuk menanamnya.. Antara ciri biji benih adalah bentuknya sebagai 'Baji' dengan benih matang berwarna coklat kehitaman yang berukuran 2 mm. Lazimnya kajian menunjukkan satu pokok yang sihat mampu untuk menghasilkan sebanyak 100,000 biji dalam masa 3-4 bulan sahaja.
Satu taklimat khas mengenai Pengenalan Rumpai Miang Mexico dan cara Pengawalan serta Penghapusan Rumpai Miang Mexico telah dibuat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Labis dan di Pejabat Pertanian Segamat Utara, Segamat .Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung mengenai bahayanya Rumpai Miang Mexico dan tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan di kawasan masing- masing. Penduduk kampung juga diingatkan mengenai risiko yang akan dialami jika terkena rumpai tersebut dan risiko yang akan dihadapi oleh mereka jika tidak membuat kawalan penghapusan Rumpai Miang Mexico secara segera. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Normala binti A.Manaf (Penolong Pengarah Biosekuriti Ayer Hitam) . Dengan adanya taklimat ini diharap petani-petani yang terlibat akan sedar tanggungjawab mereka seterusnya menghapuskan rumpai berbahaya tersebut dengan segera .Seramai lebih kurang 40 orang petani yang terlibat dengan tanaman sayuran telah menghadiri taklimat tersebut dan diharap mereka dapat memahami dan mengenali rumpai berbahaya dan mengutamakan keselamatan pengguna dan diri mereka sendiri.Rumpai 

Kursus Membina Blog Interaktif



Tarikh   : 6 - 7 Oktober 2015
Masa     : 08.30 pagi - 04.30 ptg
Tempat ; ILPP Serdang